Monday, 12 June 2017

Ayam Masak Halia mudah, ringkas dan sedap!

Sumber copy paste sepenuhnya dari Azlita Masam Manis :)

Memang tak sia-sia mencuba, resepi yang cukup mudah dan ringkas tapi hasilnya cukup enak! anda pun boleh cuba terutamanya mereka yang tidak punya masa yang lama untuk ke dapur.. resepi yang mudah macam ni adalah terbaik untuk di cuba!


AYAM MASAK HALIA
Resepi Oleh : Kak Liza
Rujukkan : Yatie

1/2 ekor ayam ~ potong kecil, basuh bersih dan toskan ( ita goreng dulu ayam ni dengan kunyit dan garam )
3 sudu besar sos tiram 
1 sudu kecil tepung jagung di bancuh dengan 1/2 cawan air
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk kasar
1 pokok daun bawang atau sup ~ potong pendek
1 biji buah tomato ~ belah 4
1/2 batang carrot ~ potong kecil
minyak utk menumis
garam dan sedikit gula

Bahan Hiris

5 cm halia
1 labu  bawang besar
3 ulas bawang putih
3 tangkai cili merah
4 tangkai cili padi merah

Panaskan minyak dan tumiskan bahan hiris sehingga layu.
Masukkan ayam, lada hitam,sos tiram dan kacau rata. Masukkan sikit air dan tutup.
Masakkan ayam sehingga lembut. Masukkan carrot dan gaul sebati.
Masukkan bancuhan tepung jagung. Biarkan sehingga pekat.
Masukkan tomato buah dan daun bawang. Kacau rata.
Tutup api, angkat dan bolehlah di hidangkan.



Sunday, 11 June 2017

Petua Keraskan Nasi Lembik

Omakkau! 
Harini masak nasi lemak sekali terlembik pula.. dah lah puasa ni, hubby pulak kemain semangat lagi dah bgtau nak makan banyak, sekali nasi terlembik pulak.. mmg potong betullah! 

Okay, bertenang. 
Kalau korg termasak nasi lembik, cara nak keraskan nasi yg terlembik tu ada 2 options:
1. Masukkan telur dalam nasi yg lembik tu, end up telur tu akan meresap ait tersebut sehingga menjadi telur rebus.
2. Kupas bawang, basuh bersih dan toskan air dia. Masukkan dalam periuk nasi tadi.

Aku buat dua2.
Memula masuk telur 2 bijik. Nampak ada perubahan.
Tapi sbb tak sabar, pastu aku masuk pulak kentang.
Alhamdulillah berhasil.

Cuak wei!

Saturday, 10 June 2017

Sambal Tumis Sedap



Sambal Tumis Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis 
1 biji bawang besar - hiris
2-3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka
Garam
Air asam jawa/asam keping

Bahan kisar:
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos
2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia - opsyenal
Sebesar ibu jari belacan bakar - opsyenal

Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.

Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.

Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.

Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.

Nota:
Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.

Butter Chicken Yang Sangat Sedap





Bahan-bahan:
2 keping ayam thighs (boneless) - potong kecil
2 sb butter
1 sb cili merah - cincang
2 chili padi - cincang
1 pelepah daun kari
2 keping cheese
230 ml susu cair - ikut kepekatan disukai
Secubit serbuk perasa ayam Knorr - optional
Garam
Serbuk lada hitam

Bahan perap:
1 sk garam
1/2 sb sugar
2 sk serbuk kari
1 sb tepung gandum
1 telur

Cara-cara:
Perap ayam dengan bahan perap selama 1 jam. Masak ayam sehingga kekuningan di dalam non stick pan. Angkat dan ketepikan.

Panaskan kuali dengan butter. Tumis chili dan daun kari sehingga wangi. Masukkan susu cair dan masak sehingga mendidih. Masukkan pula cheese.

Masukkan Knorr chicken powder, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.

Masukkan ayam tadi dan masak seketika kerana tepung yang ditabur pada ayam akan memekatkan kuahnya, Jika terlebih pedas, tambahkan sedikit gula.




 

Kari Ayam Sedap

Sumber: Azie Kitchen





Bahan-bahan:
12 ketul ayam
2 biji kentang - potong 4
1 1/2 labu bawang besar saiz besar - hiris
6 ulas bawang putih - hiris
3 inci halia - hiris
1 asam keping
1 kotak kecik santan kotak
Air secukupnya
10 sudu besar rempah kari Babas - extra chilis
Kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
1 pelepah daun kari
Gula
Garam secukupnya

Cara-cara:
Panaskan minyak dan tumis rempah penumis bersama bawang putih, bawang merah dan halia sehingga kekuningan.





Kemudian masukkan rempah kari dan kacau seketika sebelum dimasukkan air supaya rempah cair. Terus masak dengan menggunakan api perlahan sambil terus dikacau sehingga rempah sedikit garing dan terbit minyak. Kemudian masukkan daun kari dan kentang.





Lepas itu, masukkan pula ayam dan masak sehingga ayam kecut sebelum tambah sedikit lagi air dan biarkan mendidih.





Masukkan pula santan. Terus masak dengan api perlahan. Setelah kentang empuk, masukkan asam keping, gula dan garam. Renihkan sehingga pecah minyak. Sesuaikan kepekatan kuah yang disukai. Jika terlebih pekat, tambah air panas dan masak lagi.



Sambal Tumis Udang Dengan Petai




Sumber: Azie Kitchen



Bahan-bahan:
10 ekor udang kuning
1 biji bawang besar
3 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 senduk cili kisar - ikut pedas disukai
1 sudu besar gula
Garam
Air asam jawa

Cara-cara:
Panaskan minyak, tumis pula bawang merah dan bawang putih yang dikisar serta cili kisar sehingga cili benar benar garing dengan menggunakan api perlahan.

Setelah garing, masukkan gula terlebih dahulu. Ianya akan menjadikan sambal berwarna merah cantik. Kacau rata, barulah dimasukkan petai, air asam jawa dan garam.

Akhir sekali masukkan udang dan kacau rata. Jika suka, boleh juga masukkan bawang besar yang dimayang bulat dan kacau sehingga agak layu. Sesuaikan rasa dan tutup api. Sedia untuk dihidangkan.