Sambal Tumis Azie Kitchen
Oleh: Azie Kitchen
Bahan bahan:
1 mangkuk ikan bilis
1 biji bawang besar - hiris
2-3 sudu besar gula pasir
Sedikit gula merah/gula Melaka
Garam
Air asam jawa/asam keping
Bahan kisar:
1/2 mangkuk cili kisar/20 tangkai cili kering - direbus dan ditos
2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
2 biji bawang besar - boleh juga guna bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia - opsyenal
Sebesar ibu jari belacan bakar - opsyenal
Cara cara:
Panaskan minyak yang banyak, tumis bawang besar hiris sehingga naik bau sahaja. Masukkan bahan kisar dan kacau rata. Perlahankan api dan terus dikacau dengan api perlahan sehingga cili benar benar masak dan terbit minyak. Ianya memakan masa agak lama. Jika minyak kurang, bolehlah ditambah ketika menumis. Macam mana nak tahu kalau ianya telah garing? Minyak tumisan akan mula berbuih sedikit. Itu tanda dah garing.
Setelah bahan tumisan garing, masukkan sedikit gula terlebih dahulu dan kacau rata. Gula akan menjadikan warna sambal cantik dan berkilat.
Masukkan sedikit air mengikut kepekatan sambal yang disukai. Masukkan air asam jawa/asam keping, garam dan ikan bilis. Nota: warna sambal lebih cantik jika menggunakan asam keping.
Kacau rata sehingga sambal masak dan mesra.
Nota:
Sambal lebih sedap jika disediakan sehari sebelumnya.
No comments:
Post a Comment